|
1917 |
Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik Gertrude Ballard di Perempuan Methodist,
Kuala Lumpur, dibantu oleh tiga orang pemimin berpangkat Leftenan iaitu Cik Ford, Cik King dan Cik Pykett. Pasukan ini
telah didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri India dan dikelolakan di bawah YWCA. Lady Guillemard dilantik Yang Di
Pertua dan Puan Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya |
| 1919 |
Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang |
| 1921 |
Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Perak |
| 1920an |
Pek Tunas Puteri yang pertama pula ditubuhkan di Sekolah Perempuan Kampung Baru, Kuala Lumpur |
| 1923 |
Penubuhan Pasukan Kadet Pandu Puteri Pulau Pinang |
| 1924 |
Pasukan Pandu Puteri Negeri Sembilan ditubuhkan pada tahun 1924 |
| 1925 |
Pasukan Pandu Puteri Melaka ditubuhkan |
| 1925 |
Penubuhan Unit Renjer Puteri Pulau
Pinang.
Puan P.M. Robinson dilantik sebagai Ketua Unit Renjer Puteri
Malaya. |
|
1928 |
Pandu Puteri mula mendapat perhatian
pihak kerajaan yang berkuasa pada masa ini. Kerajaan
Negeri-Negeri Selat serta Kerajaan Persekutuan telah memberi
pengiktirafan rasmi dalam bentuk sokongan dan kerjasama
seterusnya memberi sumbangan dan peruntukan tahunan sebanyak dua
ribu ringgit. |
|
1932 |
Pasukan Pandu Puteri Johor dan
Pasukan Pandu Puteri Kedah ditubuhkan dan merupakan Pasukan
Pandu Puteri yang pertama mengadakan kegiatan dalam bahasa
Melayu. |
|
1934 |
Ketua Pengakap Lord Baden Powell Dan
Ketua Olave, Lady Baden Powell telah mengadakan lawatan ke
Malaya. |
|
1937-1946 |
Kegiatan Pandu Puteri di Malaya
tergendala disebabkan perubahan takhta pemerintahan kerajaan
yang mana Malaya mula diperintah oleh kerajaan Jepun. |
|
1947 |
Kegiatan Pandu Puteri yang tergendala telah dihidupkan semula dengan usaha-usaha menggalakkan lebih
ramai lagi penyertaan gadis-gadis remaja apabila penubuhan Pasukan Pandu Puteri dilancarkan di semua negeri Persekutuan
Tanah Melayu.
Beberapa orang ahli pandu puteri dan pemimpin dari PPPM telah
mengambil bahagian dalam perhimpunan antarabangsa buat pertama
kalinya. |
|
1948-1960 |
Sekali lagi kegiatan Pandu Puteri
tergendala akibat pengisytiharan darurat di seluruh negara. |
|
1957 |
Persatuan Pandu Puteri Malaya
diterima bergabung dengan WAGGGS (Persatuan Pandu Puteri dan
Pengakap Sedunia). Perjanjian Pandu Puteri yang diubahsuai untuk
memenuhi keperluan negara mula digunakan. |
|
1960 |
PPPM telah diterima sebagai Ahli
Tenderfoot WAGGGS, dalam Persidangan Dunia ke-17 di Athens,
Greece. |
|
1962 |
PPPM telah diberi penghormatan
menjadi penganjur dan tuan rumah Persidangan Pemimpin Pandu
Puteri Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan
Disember. |
|
1964 |
Dame Leslie Whateley, Pengarah Biro
Dunia telah memberi Pengiktirafan Persatuan Pandu Puteri
Malaysia, gabungan Persatuan Pandu Puteri Sabah, Sarawak,
Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) hasil dari
pembentukan negara Malaysia pada 1963. |
|
1967-1976 |
Sambutan Tahun Jubli Emas 50 Tahun
disambut meriah dengan aktiviti – aktiviti Perkhemahan Jubli
Emas. |
|
1969 |
Perletakkan Batu Asas Bangunan Ibu
Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian
Bangunan Ibu Pejabat, Wisma Pandu Puteri oleh DYMM Sri Paduka
Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Intan Zaharah Ibni
Almarhum Tengku Seri Setia Raja Terengganu. |
|
1977-1986 |
Sambutan Tahun Jubli Intan disambut
dengan Jambori Jubli Intan, Penubuhan Guild Trefoil Malaysia,
Bengkel Penyediaan Buku Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang (DPU)
Perkhemahan dan Perkhemahan Antarabangsa KEMMAS. Majlis
Kebangsaan bersetuju menukarkan BROWNIE kepada TUNAS PUTERI.
Pakaian seragam baru untuk Pandu Puteri, Tunas Puteri dan
Pemimpin mula digunakan di seluruh negara. |
|
1986 |
PPP Selangor dipecahkan untuk
membentuk PPP Wilayah Persekutuan dan PPP Selangor. |
|
1987-1996 |
Merupakan tahun-tahun Pandu Puteri
sebagai satu cabaran yang dimulakan dengan sambutan 70 Tahun
Pandu Puteri di Malaysia secara besar-besaran di seluruh negara.
PPPM telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Jawatankuasa Asia
Pasifik, Persidangan Ketua Pesuruhjaya Komanwel dan Jambori
pandu Puteri Kebangsaan. Satu lagi detik sejarah PPPM ialah
penubuhan Majlis Kadet Pandu Puteri Maktab Perguruan Malaysia di
mana semua urusan latihan dan program Pandu Puteri guru-guru
pelatih dipertanggungjawabkan kepada Pesuruhjaya Kadet Pandu
Puteri yang setaraf dengan Pesuruhjaya Negeri. Pelbagai Projek
seperti Our Water Our World, Cleanathon, Round Robin, Kem
Cabaran 96 telah dilaksanakan. |
|
1997 |
Sambutan 80 Tahun PPPM dengan
Semangat Keamanan dan Harmoni bermula. |
|
1998 |
Sempena SUKOM ’98 di Malaysia, PPPM
telah menganjurkan Perkhemahan Komanwel ’98. |
|
1999 |
Bagi menyahut cabaran perkembangan
era ICT, Laman Web PPPM telah mula dilancarkan dengan
peningkatan maklumat dari semasa ke semasa. |
|
2000 |
8 – 15 Febuari – Laporan Kemajuan
WAGGGS ke atas Persatuan Pandu Puteri Malaysia oleh Jan Mac
Intyre.
Lawatan ke Selangor, Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau
Pinang.
Melancarkan Projek Biskut dan Penyerahan Jalur Gemilang – Ketua
Kontinjen Bilateral Exchange Programme with China.
Majlis Menandatangani Laman Web Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Pesta Tunas Puteri Antarabangsa 2000 / International Brownies
Festival 2000. di UITM Shah Alam Selangor. Tema Kerjasama
Sejagat Ke Arah Kesejahteraan Sedunia’ (Global Cooperation For A
Better World) 11 negara mengambil bahagian.
20 – 26 November – Aktiviti Antarabangsa;
‘Bilaterial Exchange Programme Between Girl Guides Association
Malaysia with The Chinese Young Pioneers’ (Program Pertukaran
Malaysia – China) |
|
2001 |
7-12 September – Kem Integrasi 2001:
Kem ini yang disertai oleh peserta dari dalam dan luar negara
dari Maldives, Korea dan Pakistan telah diadakan di Pusat
Kecemerlangan dan Pembangunan Insan YPJ, Sekakap, Mersing, Johor.
Projek Asia Pasifik: PPPM – Fiji GGA: Lend A Hand |
|
2002 |
April – Majlis Menjunjung Kasih ke
Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri
Agong Tuanku Siti Aishah, Bekas Penaung Di Raja Persatuan Pandu
Puteri Malaysia
Sambutan menyambut sempena 85 tahun Pandu Puteri di Malaysia. |
| 2003 |
Projek Khidmat Hospital Majlis Renjer Puteri Kebangsaan telah dilancarkan di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. Projek berterusan ini akan diadakan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bulan Oktober sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Tema yang ditetapkan ialah "Kami Membawa Keriangan". Ahli Pandu Puteri Renjer akan berkhidmat di wad kanak-kanak (pediatrik).
Projek "Lids for Limbs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Projek Bungkusan Kasih atau "Peace Packs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. |
| 2004 |
Seramai 55 orang ahli Renjer Puteri dan Pemimpin mencipta sejarah mendaki Gunung Kinabalu dengan menyertai Ekspedisi Kinabalu Rakan Muda yang bertemakan "Menuju ke Puncak". Seramai 49 ahli berjaya ke Puncak.
Persatuan Pandu Puteri Malaysia dipilih sebagai salah satu organisasi ahli WAGGGS untuk projek International Signature Programme (ISP), satu kerjasama antara The UPS Foundation, WAGGGS dan PPPM. Melalui projek ini, PPPM menerima geran daripada The UPS Foundation selama tiga tahun untuk mencapai beberapa matlamat.
Cycleton Puteri Terengganu (Ogos 2004) - 290 ahli Pandu Puteri dan Renjer Puteri berbasikal 300 km merentasi negeri Terengganu bagi menjana dana untuk kanak-kanak kurang upaya dan sakit kronik. Hasil kutipan dana telah dimasukkan ke Tabung Amal Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu.
Ekspedisi Berbasikal Pulau Pinang (Oktober 2004) berjaya memasuki Malaysian Book of Records sebagai "Ekspedisi Berbasikal Wanita yang Terbesar di Malaysia". |
| 2005 |
21 - 23 Februari - Pada pertama kalinya "GirlGuides' Summit" diadakan di Hotel Kuala Lumpur International untuk ahli-ahli Pandu Puteri lepasan sekolah. Seramai 105 orang peserta mengambil bahagian. Sambutan Hari Peringatan Sedunia Peringkat Kebangsaan dengan tema "Makanan" turut diadakan di acara ini.
Sebanyak 4,581 "Peace Packs" telah dihantar ke Iraq. Pengurusan penghantaran dibuat oleh Kementerian Luar Negeri dan kos penghantaran dibiayai oleh Kementerian Pertahanan.
16 - 17 April - Kursus Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS WAGGGS diadakan di Wisma Pandu Puteri dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia. Seramai 23 orang Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS berjaya dihasilkan.
16-19 Ogos - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Perhimpunan Agung Pertama Sahabat Asia Pasifik WAGGGS (Friends of Asia Pacific WAGGGS) yang diadakan di Kuantan, Pahang dan disertai oleh 190 orang peserta dari 12 negara.
17 Ogos - Majlis Pelantikan KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Mutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, D.K.; D.K. (Johor); S.P.M.J. sebagai Penaung Di Raja Sahabat Rantau Asia Pasifik WAGGGS di Kuantan, Pahang September - Mesyuarat Meja Bulat di Sungai Petani, Kedah bagi membincangkan Perlembagaan baru PPPM 20 Oktober - YABhg Datin Paduka Seri Endon Mahmood, Yang Di Pertua PPPM kembali ke Rahmatullah. |
| 2006 |
Januari - Perubahan nama bahagian dalam PPPM berkuatkuasa:
| Nama Lama | Nama Baru |
| Tunas Puteri | Pandu Puteri Tunas |
| Pandu Puteri | Pandu Puteri Remaja |
| Renjer Puteri | Pandu Puteri Renjer |
| Kadet Puteri | Pandu Puteri Kadet |
Pek Tunas Puteri / Pasukan Pandu Puteri / Unit Renjer Puteri diubah kepada Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja dan Pasukan Pandu Puteri Renjer.
13-17 Mac - Perkhemahan Pandu Puteri Remaja Peringkat Kebangsaan diadakan di Kem Bina Negara, Kaki Bukit, Perlis dan dihadiri oleh 600 orang peserta.
1 - 6 April - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Seminar Penilaian Signature Programme Volunteerism yang dihadiri 27 peserta dari Malaysia, Hong Kong, Mexico, Afrika Selatan serta pegawai dari Biro Dunia WAGGGS, APCO Worldwide dan Points of Lights Foundation. Ketua Eksekutif WAGGGS, Lesley Bulman-Lever dan Pengarah Global Projek, Brenda Fitzpatrick bersama dengan rombongan PPPM mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dan YB Puan Komala Devi, Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran Malaysia. Para peserta juga menghadiri Majlis Santapan bersama SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah, Penaung Di Raja PPPM.
26 April - 1 Mei -Ekspedisi Berakit Menyusuri Sungai Pahang. Ekspedisi 5 hari 4 malam sejauh 180 km disertai 140 orang ahli dan sukarelawan Pandu Puteri. PPPM mendapat hadiah Penyertaaan Terbanyak.
9 Jun - Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibentang dan diluluskan oleh Majlis Kebangsaan, berkuat kuasa serta-merta.
9 Jun - Pelancaran projek khidmat masyarakat yang baru "Program Etika Bendera: Kesedaran dan Penjagaan" telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan di Hotel Sutera Harbour, Kota Kinabalu.
Julai - Modul Program Pandu Puteri Siswi dimantapkan Oktober - Projek Perintis Kempen Pendaftaran Pasukan dan Ahli dijalankan di kesemua 9 daerah di negeri Selangor. |
| 2007 |
Januari - Pelaksanaan Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Januari & Februari - Siri Bengkel Berfikir secara Kreatif "Scientific Creative Thinking" diadakan untuk ahli lepasan sekolah dengan kerjasama Empowering Potential Consultancy.
19 Januari - Majlis Persembahan Selepang kepada SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah sebagai Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Istana Negara
1 April - PPPM menerima tawaran daripada WAGGGS untuk menjadi Tuan Rumah Persidangan Rantau Asia Pasifik WAGGGS yang ke-9
3 - 9 Jun - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada "9th Asia Pacific Regional Conference and 3rd Friends of Asia Pacific WAGGGS Gathering". Kedua-dua acara ini diadakan di Sunway Resort dan dihadiri oleh 200 orang dari 22 negara di Rantau Asia Pasifik. Seramai 50 orang ahli dan sukarelawan PPPM berkhidmat sebagai sukarelawan di acara ini. Delegasi Malaysia ke Persidangan Rantau Asia Pasifik dianggotai oleh enam orang, termasuk dua orang Pemimpin Muda.
6 Jun - Forum Belia bertajuk "Voice of Girls and Young Women" diadakan sempena Persidangan Rantau Asia Pasifik. 100 orang ahli Pandu Puteri Remaja dari Malaysia dan Singapura mengambil bahagian.
7 Jun - Perjumpaan Ketua Eksekutif WAGGGS, Mary McPhail dengan ahli PPPM
6 September - Kunjungan Hormat kepada YABhg Datin Seri Jeanne Abdullah, Yang Di Pertua baru PPPM
9 Oktober - Lawatan Mesra YB Dato' Seri Azalina binti Dato' Othman Said, Menteri Belia dan Sukan bersama rombongan Kementerian Belia dan Sukan ke Wisma Pandu Puteri
25 November - Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke-90 Persatuan Pandu Puteri Malaysia |
| 2008 |
19 Januari - Pelancaran "Kempen Mega Pendaftaran Keahlian Peringkat Kebangsaan" di Sungai Petani, Kedah
6 - 12 Julai - Delegasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia menghadiri Persidangan Dunia WAGGGS Ke-33 di Afrika Selatan dan membentangkan pembidaan untuk Persidangan Dunia Ke-34, tahun 2011
17 - 22 Ogos - Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja diadakan di Kem Bina Negara, Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Perkhemahan ini dihadiri oleh 500 peserta dari Malaysia, Maldives, Singapura, Sri Lanka, Hong Kong dan United Kingdom |
Untuk mencapai hasrat
membentuk ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin yang berkualiti, bersemangat
kental, progresif, dinamik dan mampu menangani pelbagai saingan dan
perubahan dunia di alaf baru, PPPM telah merancang, melaksana dan melibatkan
semua pihak dalam pelbagai program baru
Dalam usia 86 tahun kecemerlangan PPPM semakin meningkat dan terserlah di
bawah kepimpinan Ketua Pesuruhjaya, Pengurus Pandu Puteri dan pemimpin-pemimpin
yang berpengalaman dan gigih. Melalui Kursus Membina Imej Pandu Puteri untuk
Pesuruhjaya Negeri, Pesuruhjaya Ibu Pejabat dan Jurulatih serta Persidangan
Jurulatih Tahunan, PPPM akan terus maju dalam usaha meningkatkan jumlah
wanita muda menjadi pemimpin dan terlibat dalam aktiviti antarabangsa.