| Stesen Satu : Deria Mata Dan Ingatan |
Sebanyak 30 jenis barang diletak di dalam dulang. Contohnya pen,
pensel, kerongsang botol minyak, lilin dan sebagainya.
Setiap kumpulan diberi masa dua minit untuk melihat dan mengingat
benda-benda tersebut. Mereka tidak dibenarkan menulis semasa melihat
benda kecil.
Setelah cukup masanya, dulang ditutup dan pemain dikehendaki mengingat
dan menulis semula barang - barang yang dilihatnya. Pemain yang paling
banyak mengingati barang dengan tepat dikira pemenang. |
| Stesen Dua : Deria Sentuh |
Pemain ditutup matanya dan dikehendaki memegang dengan tangan lapan
hingga sepuluh barang. Contohnya jam, lilin, pen, kotak mancis dan
sebagainya.
Setiap kumpulan diberi masa selama dua minit untuk memegang
barang-barang.
Kemudian mereka dikehendaki menyenaraikan kembali barang-barang yang
dipegang. Pemain yang paling banyak menyenaraikan dengan tepat dikira
sebagai pemenang. |
| Stesen Tiga : Deria Rasa |
Beberapa larutan disediakan seperti air gula, air garam, air asam
jawa, cuka, kopi dan milo.
Pemain dikehendaki menutup mata dan seorang petugas akan meletakkan
sedikit larutan untuk dirasa dengan lidahnya.
Kemudian, pemain perlu menyenaraikan kembali jenis larutan yang dirasai.
Pemain paling banyak menyenaraikan dengan tepat dikira sebagai pemenang. |
| Stesen Empat: Deria Bau |
Sebanyak sepuluh bahan seperti serai, halia, daun kunyit, daun
pandan, daun kari, bawang putih, daun sup, belacan, sabun mandi dan daun
ulam raja dipilih. Setiap bahan ini dimasukkan ke dalam bunjut kain.
Setiap pamain dikehendaki menghidu bahan-bahan ini.
Kemudian, pemain perlu menyenaraikan kembali bahan yang dihidu. Pemain
paling banyak menyenaraikan dengan tepat dikira sebagai pemenang. |
| Stesen Lima : Deria Mata Dan Ingatan |
Sebanyak sepuluh helai daun berlainan jenis dan saiz diletakkan di
atas kertas.
Setiap kumpulan diberi masa selama satu minit untuk melihat dan
mengingat daun-daun tersebut.
Kemudian, kumpulan diminta membawa kembali satu set daun-daun yang sama
dengan set daun-daun yang ditunjukkan dalam tempoh satu minit tadi.
Kumpulan yang membawa daun-daun yang tepat seperti ditunjukkan dikira
pemenang. |