Laman Utama > Keahlian > Bahagian > Pandu Puteri Kelip-kelip

Pandu Puteri Kelip-kelip

Dibawah adalah panduan aktiviti untuk guru-guru.


Objektif

Program Kelip-kelip menawarkan pelbagai aktivtiti Pandu Puteri yang membolehkan warga pra sekolah:

  • Memupuk kemahiran melahirkan perasaan;
  • Menguasai kemahiran menyanyi, bercerita, melengkap dan mewarnakan gambar
  • Mengukuhkan kemahiran sosial.


Matlamat

Program Pra Tunas mempunyai matlamat mencungkil serta mengambangkan potensi setiap warga Pra Sekolah untuk memperkayakan lagi suasana pembelajarannya.

Ikrar

Saya berjanji akan menjalankan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja, dan Negara saya Malaysia dan menolong orang setiap masa.


Cerita Tommy dan Betty

Rumah Tommy dan Betty bersepah-sepah. Pinggan mangkuk tidak dicuci.  Baju tidak digosok.

Permainan bertaburan di atas lantai. Tommy dan Betty tidak ambil peduli. Mereka benci mengemas rumah. Ibu mereka merungut lalu berkata “ Kalaulah ada Brownie, tentu rumah saya kemas”.

Tommy bertanya, siapakah Brownie itu.

Ibunya menerangkan. Brownie itu ialah seekor pari-pari kecil yang masuk ke dalam rumah secara senyap sebelum waktu Subuh.

Ia mengemas rumah, menggosok baju, membasuh pinggan dan membuat segala kerja rumah secara rahsia.

“ Hebat!! Bagaimana kita ingin mendapatkannya?” kata Betty kehairanan.

Ibu menyuruh Betty dan Tommy pergi ke hutan bertemu dengan burung Hantu yang bijaksana.

Pada waktu malam, Tommy dan Betty keluar ke hutan. Mereka ingin bertemu dengan burung hantu yang bijaksana.

Mereka terdengar bunyi burung hantu. Mereka ternampak burung hantu itu  di atas dahan.

Mereka memanjat pokok dan duduk di atas dahan. Burung hantu itu memeluk mereka dengan sayapnya yang lebar.

Mereka bertanya kepada burung hantu, bagaimana untuk bertemu dengan Brownie.

Burung hantu berpesan. Untuk bertemu Brownie, mereka perlulah mencari sebuah kolam. Apabila berjumpa, mereka perlulah mengelilingi kolam itu sebanyak tiga kali. Mereka perlu berkata “ Pusingkan saya dan tunjukkan rupa pari-pari. Saya lihat dalam air rupa….”

   

 

Mereka terlihat bayang-bayang mereka sendiri.

Tommy dan Betty berasa amat letih. Mereka sangat kecewa kerana tidak bertemu dengan Brownie yang dicari. Mereka kembali berjumpa dengan burung hantu di atas pokok.

Tommy dan Betty memberitahu burung hantu bahawa mereka tidak berjumpa dengan Brownie. Mereka hanya nampak wajah mereka sendiri di dalam air.

Burung hantu yang bijaksana itu menerangkan bahawa, Tommy dan Bettylah Brownie yang mereka cari. Merekalah pari-pari yang perlu membantu ibu mereka di rumah.

Tommy dan Betty pulang ke rumah sambil berfikir. Merekalah yang sepatutnya menolong ibu mereka setiap masa.

Keesokan harinya, Betty dan Tommy bangun awal pagi. Mereka mengemas rumah, menyapu sampah, mengelap lantai dan membantu ibu mereka menyediakan sarapan.

Setiap hari mereka berbuat begitu. Akhirnya mereka menjadi rajin dan bertanggungjawab seperti Brownie.



Kewajipan Kepada Agama

Tempat Ibadat

  1. Guru menunjukkan gambar tempat-tempat ibadat bagi setiap kaum. Contoh:-


    Masjid

    Tokong

    Kuil

    Gereja
       
  2. Guru menerangkan siapakah yang beribadat di tempat-tempat tersebut

  3. Guru meminta murid memadankan gambar dengan kaum yang beribadat di tempat-tempat berikut.

Perayaan di Malaysia

  1. Guru menunjukkan kad gambar jenis-jenis perayaan di Malaysia.

  2. Guru Menamakan perayaan yang berkaitan :

    • Hari Raya Puasa

    • Deepavali

    • Tahun Baru Cina

    • Hari Natal


      Hari Raya Aidilfitri

      Tahun Baru Cina

      Deepavali

      Hari Natal
         
  3. Gambar pakaian tradisional kaum di Malaysia


    baju kurung

    cheongsam

    sari

    pakaian Iban

    pakaian Sumazau
     


Download Panduan Pemimpin
Download Program Pandu Puteri Kelip-Kelip