Laman Utama > Antarabangsa > Projek 3L

Projek 3L

Tindakan Ap - Projek 3l - Pembelajaran Sepanjang Hayat
(Ap Action - Project 3l - Life Long Learning)

Projek ini bertujuan memberi peluang perkembangan dalam bentuk latihan kemahiran kepada wanita muda di rantau Asia Pasifik. Projek ini boleh dijalankan di peringkat kebangsaan, cawangan atau daerah.



Contoh latihan kemahiran yang boleh dijalankan ialah:
  • Keusahawanan
  • Kemahiran pengurusan
  • Kepimpinan
  • Komunikasi
  • Penulisan
  • Perancangan projek
  • Teknikal dan teknologi
  • Kesihatan dan pendidikan kesihatan
  • Pencegahan HIV/AIDS
  • Hak Kemanusiaan
  • Pembinaan keamanan
  • Kemahiran yang membolehkan wanita muda mencari pendapatan

Prosedur:
  • Setiap Negara Ahli boleh menghantar satu cadangan projek setiap tahun kepada Jawatan Kuasa Asia Pasifik
  • Setiap tahun, Jawatan Kuasa Asia Pasifik akan memilih projek yang sesuai
  • Sekiranya Negara Ahli sedang menerima geran dalam tempoh tiga tahun itu, keutamaan akan diberikan kepada Negara Ahli yang tidak menerima geran
  • Negara Ahli perlu menghantar laporan setiap enam (6) bulan sekali kepada Jawatan Kuasa Asia Pasifik
  • Sijil penyertaan akan diberikan oleh Rantau Asia Pasifik kepada peserta projek
  • Berita projek ini akan disiarkan setiap tahun dan dipaparkan di laman web Rantau Asia Pasifik
  • Pemantauan projek akan dilakukan oleh Jawatan Kuasa Asia Pasifik melalui Pengarah Rantau
  • Penilaian projek akan dilakukan oleh Jawatan Kuasa Asia Pasifik sebelum Persidangan Rantau yang seterusnya
  • Negara Ahli yang terlibat dengan projek ini perlu membuat pameran tentang projek di Persidangan Rantau
Kriteria
  • Projek ini hendaklah memenuhi kehendak wanita muda di negara pemohon
  • Projek ini perlu memberi manfaat langsung kepada wanita muda
  • Projek ini mestilah berasaskan kemahiran yang sesuai dengan perkembangan kendiri wanita muda
  • Projek ini terbuka kepada ahli dari kalangan wanita muda dalam Negara Ahli tersebut
  • Projek ini perlu melibatkan sekurang-kurangnya 30 orang ahli yang berumur antara 18 hingga 30 tahun
  • Jangka masa projek ialah satu tahun sahaja
Geran
  • Geran ini disumbangkan oleh Sahabat Asia Pasifik, WAGGGS dan bernilai sebanyak USD 2,000
  • Perbelanjaan yang melebihi geran adalah tanggung jawab Negara Ahli yang menerima geran
Muat Turun: GuidelinesProject3LCC.pdf