|
Laman Utama > Antarabangsa > Program Signature Antarabangsa |
Program Signature Antarabangsa
Fasa I: 2004 – 2006
Program Signature Antarabangsa (ISP) diperkenalkan pada tahun 2004. Program
ini merupakan kerjasama pertama antara Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap
Puteri Sedunia (WAGGGS) dan The UPS Foundation. Persatuan Pandu Puteri
Malaysia merupakan antara tiga buah organisasi ahli yang terpilih untuk
melaksanakan Fasa Pertama program ini.

Dua buah organisasi ahli lain yang terlibat dengan projek ini ialah Guias de
Mexico dan Hong Kong Girl Guides Association.
Melalui program ini, Persatuan Pandu Puteri Malaysia menerima geran daripada
The UPS Foundation melalui WAGGGS selama tiga tahun untuk mencapai matlamat
seperti berikut:
Objektif Program
- Memperkembang dan meningkatkan sukarelawan dalam usaha
mencapai lebih banyak remaja dan wanita muda
- Meningkatkan dan mengekalkan lebih banyak sukarelawan
dari setiap lapisan masyarakat
- Memperkenalkan konsep kesukarelaan dan khidmat masyarakat
di kalangan wanita
- Mengekalkan profil PPPM sebagai Pertubuhan Bukan Kerajaan
(NGO) yang utama untuk remaja dan wanita muda di Malaysia
Jangkaan Hasil
- Menambah 3000 orang sukarelawan dewasa
- Meningkatkan kompetensi di kalangan sukarelawan
- Meningkatkan komitmen terhadap kesukarelaan di kalangan
ahli masyarakat
- Meningkatkan keahlian remaja dan wanita muda sebanyak 20%
- Mengukuhkan profil PPPM sebagai Pertubuhan Bukan Kerajaan
(NGO) yang utama umtuk remaja dan wanita muda di Malaysia
Melalui projek ini, Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah
mencapai kemajuan dari segi:
- Peningkatan ahli remaja dan dewasa sebanyak 34% iaitu
dari 60,509 orang kepada 81,110 sehingga September 2007.
- Pengambilan sebanyak 4,492 orang Sukarelawan Pandu Puteri,
satu bahagian baru dalam Persatuan Pandu Puteri Malaysia mulai Jun 2004.
- Penajaan pelbagai kursus untuk ahli remaja, ahli dewasa,
sukarelawan dan staf bagi peningkatan kompetensi dan profesionalisme.
- Penghasilan bahan untuk peningkatan kompetensi. Antaranya
Kit Jurulatih untuk Kurikulum Lencana HIV/AIDS WAGGGS dan Kit Kompetensi
Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
- Pemantapan konsep khidmat masyarakat dan kesukarelaan.
Melalui projek ini, “Program Etika Bendera: Kesedaran dan Penjagaan”, satu
projek khidmat masyarakat yang baru telah dilancarkan.
- Peningkatan imej Persatuan Pandu Puteri Malaysia melalui
aktiviti publisiti, jalinan mesra dengan pihak media, percetakan bahan
publisiti dan rangkaian hubungan dengan rakan kongsi baru.
- Pemantapan proses dokumentasi, pelaporan dan penilaian
dengan adanya laporan kemajuan setiap suku tahunan serta penilaian selepas
setiap acara atau kursus.
- Peningkatan komunikasi dengan ahli dan sukarelawan
melalui pengumuman di laman web, penggunaan e-mel dan sistem pesanan ringkas
(SMS).
- Pengenalan kepada Sistem Pangkalan Maklumat Ahli untuk
memantapkan rekod ahli dan pengurusan ahli yang lebih berkesan.


Fasa II: 2007 – 2010
Berikutan kejayaan yang dicapai dalam Fasa I, The UPS Foundation dan WAGGGS
membuat tawaran kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk meneruskan Fasa II
projek ini dari 2007 hingga 2010.
Projek Fasa II ini melibatkan lima organisasi ahli iaitu Persatuan Pandu Puteri
Malaysia, Guias de Mexico, Hong Kong Girl Guides Association, Federação de
Bandeirantes do Brasil dan Girl Guides Association of South Africa.
Matlamat Global Projek:
- Meningkatkan kesedaran dan pengilbatan dalam kesukarelaan
- Meningkatkan keupayaan untuk pengambilan, penglibatan,
latihan dan pengurusan sukarelawan bagi memantap dan meluaskan perkhidmatan
- Menghasilkan satu model yang berjaya untuk dijadikan
contoh kepada negara lain
Matlamat Malaysia:
- Sistem pengurusan yang lebih berkesan selari dengan
peningkatan keahlian
- Peningkatan keahlian berterusan
- Keahlian di Institut Pengajian Tinggi
- Penglibatan Sukarelawan secara berterusan melalui sistem
pengurusan dan komunikasi yang berkesan
- Kewangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia dapat menyokong
sistem, struktur dan peningkatan bilangan ahli
- Peningkatan profil Persatuan secara berterusan
Tiga perkara yang diutamakan dalam projek Fasa II ini
ialah:
- Pembinaan Keupayaan Sukarelawan (Volunteer Capacity Building)
- Celik Huruf (Literacy)
- Latihan Penjanaan Pendapatan (Income Generating Training)
Download UPS-WAGGGS brochure
|