|
Laman Utama > Antarabangsa > WAGGGS > 100 tahun mengubah hidup |
| 100 tahun mengubah hidup (100 years of changing lives)
Untuk memeriahkan aktiviti sambutan Ulang Tahun Ke-100 Pandu Puteri dan Pengakap Puteri, satu "Hari Sambutan" telah ditetapkan pada 8 April setiap tahun dari tahun 2010 hingga 2012. Ini kerana 8 April ialah hari yang ke-100 dalam satu tahun dan semua ahli digalakkan menyambutnya dengan pelbagai jenis cara seperti majlis (party), berbuat baik (good deed), 100 dan antarabangsa. Hari Sambutan Ulang Tahun Ke-100 mempunyai tema yang berbeza untuk setiap tahun sambutan.
Mengapa sambutan selama tiga tahun? Pada tahun 1910, kumpulan Pandu Puteri yang pertama dimulakan di United Kingdom oleh Robert dan Agnes Baden-Powell. Menjelang tahun 1912, Pandu Puteri dan Pengakap Puteri telah diperkenalkan di banyak negara di serata dunia. Kami akan mengadakan sambutan selama tiga tahun sempena kelahiran Pergerakan ini dari tahun 2010 hingga 2012. Banyak negara telah memulakan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri antara tahun 1910 dan 1912. Antaranya ialah: 1910: Canada, Denmark, Finland, New Zealand, Poland, South Africa, Sweden, United Kingdom 1911: Australia, Bangladesh (then part of India), India, Ireland, Netherlands, Pakistan (then part of India) 1912: Cyprus, Italy, Norway, United States of America, Zimbabwe Acara Lain sempena Sambutan 100 Tahun Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Forum Wanita Muda Sedunia Young Women's World Forum (YWWF)
Maklumat lanjut tentang Young Women's World Forum (hyperlink) Forum Wanita Muda Sedunia tahun 2011 dan 2012 Young Women World Forums in 2011 and 2012
Pada tahun 2011, Forum Wanita Muda Sedunia (YWWF) akan diteruskan di semua Pusat Dunia dan ini diakhiri dengan Forum yang dianjurkan oleh Girl Scouts of the USA (Pengakap Puteri Amerika Syarikat) pada tahun 2012.Kelima-lima rantau WAGGGS akan menyambut Persidangan Rantau pada tahun 2010, manakala Edinburgh akan menjadi Tuan Rumah Persidangan Dunia Ke-34 pada tahun 2011. Acara lain akan diumumkan. Lencana Sambutan 100 Tahun Lencana 100 Tahun ini akan dijual di laman web WAGGGS. Pandu Puteri dan Pengakap Puteri perlu melakukan aktiviti tertentu untuk mendapatkannya. Selamat tiga tahun ini, satu lencana akan dikeluarkan pada setiap tahun. Apabila genap tiga lencana iaitu lencana 2010, 2011 dan 2012, ahli boleh memakainya secara kolektif dengan adanya tambahan satu lencana untuk melengkapkannya menjadi satu segiempat (seperti di gambar). Lencana ini boleh dipakai secara individu (lencana untuk setiap tahun) atau secara bersama. Cenderamata Sambutan 100 Tahun Cenderamata sempena Sambutan 100 Tahun Pandu Puteri dan Pengakap Puteri di dunia kini dijual di laman web WAGGGS iaitu http://www.wagggs-shop.org/index.php/en/1/Centenary/33 Dapatkan cenderamata terhad ini hari ini! Jadi Duta Sambutan 100 Tahun Wakili Organisasi Ahli anda untuk mempromosikan Sambutan 100 Tahun ini! Inilah peluang anda untuk memberi sumbangan dan pendapat anda dalam mempromosikan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Antarabangsa di negara anda. Setiap Organisasi Ahli perlu mencadangkan dua orang Duta Sambutan 100 Tahun. Salah seorang perlulah berumur bawah 25 tahun dan seorang lagi perlulah memegang jawatan sebagai ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Kedua-dua ahli ini mestilah dari kalangan ahli aktif WAGGGS. |