Laman Utama > Aktiviti > Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda

Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda

Sumber: Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (2004). Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. Handbook. Putrajaya: Unit Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Sejarah dan Struktur
Program Anugerah ini mula diperkenalkan di United Kingdom pada tahun 1956 dan dikenali sebagai Anugerah Duke of Edinburgh (Duke of Edinburgh's Award). Sasarannya ialah untuk mendorong remaja lelaki berumur antara 15 hingga 18 tahun untuk melibatkan diri dengan program pembinaan jati diri yang diisi dengan aktiviti sukarela yang seimbang dalam usaha menempuh era pendewasaan.

Sejak 1956, program ini telah berkembang ke lebih 100 buah Negara dengan pelbagai nama seperti Anugerah Duke of Edinburgh, Anugerah Belia Antarabangsa, Anugerah Presiden dan Anugerah Pencapaian Belia Nasional. Di Malaysia, Anugerah ini dikenali sebagai Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda dan diletakkan di bawah kelolaan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.


Persatuan Anugerah Antarabangsa
Pada awal tahun 1980-an, anugerah ini beroperasi di peringkat kebangsaan di lebih 30 buah Negara menerusi Badan-badan Penganugerahan Nasional (National Award Authorities - NAAs). Pada Mei 1998, The Duke of Edinburgh's Award International Association ditubuhkan sebagai saluran untuk memudahkan perbincangan dan komunikasi di kalangan ahli. Organisasi ini juga mendukung prinsip dan piawaian Program Anugerah ini.

Prinsip dan piawaian dalam dokumen Deklarasi Antarabangsa, Prinsip Asas, Prinsip Pelaksanaan dan Kod Amalan digunakan oleh semua ahli persatuan ini.


Deklarasi Antarabangsa
Konsep anugerah ini berkisar pada cabaran individu. Melalui anugerah ini, remaja ditawarkan satu program yang seimbang, tiada persaingan dan aktiviti sukarela yang menggalakkan penerokaan jati diri dan kematangan, kepercayaan diri, ketabahan, tanggung jawab pada diri dan berkhidmat kepada komuniti.


Prinsip Asas
  • Peningkatan diri melalui ketekunan dan pencapaian, mengambil kira kebolehan asas peserta, tanpa wujud elemen persaingan antara peserta.
  • Penyertaan secara sukarela. Setiap peserta berhak sepenuhnya membuat pilihan aktiviti untuk keempat-empat komponen program anugerah ini.
  • Tidak ada diskriminasi jantina, bangsa, agama atau fahaman politik peserta.

Prinsip Pelaksanaan
  • Peserta berumur antara 14 hingga 25 tahun
  • Struktur asas program anugerah ini mengandungi empat komponen:
    • Khidmat Masyarakat
    • Pengembaraan
    • Kemahiran
    • Rekreasi Fizikal
  • Terdapat tiga tahap anugerah:
  • Tempoh minima penyertaan untuk layak dipertimbangkan bagi penganugerahan ialah:
    • Gangsa - enam bulan
    • Perak - 12 bulan
    • Emas - 18 bulan
  • Peserta Anugerah Emas perlu menjalankan satu Projek Residen (Residential Project) yang jauh dari rumah peserta.

  • Kod Amalan
    • Memastikan tahap pengendalian operasi memenuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh Sekretariat Antarabangsa.
    • Mengurus dan mengendali Program Anugerah secara adil dan saksama
    • Memastikan Program Anugerah ini bebas disertai oleh belia atau remaja yang mempunyai umur berkelayakan, tanpa mengira jantina, bangsa, agama, penyertaan politik atau fizikal.

    Falsafah Anugerah
    • Bukan satu pertandingan
    • Terbuka untuk semua
    • Kesukarelaan
    • Fleksibel
    • Seimbang
    • Progresif
    • Fokus kepada satu matlamat
    • Jangkamasa panjang
    • Menyeronokkan

    Logo Antarabangsa
    • Simbol keamanan sejagat
    • Sayap mewakili simbol anugerah yang bersifat antarabangsa.
    • Burung terbang ke angkasa melambangkan jatidiri remaja iaitu:
      • Keyakinan
      • Kecemerlangan
      • Harga diri
    Logo Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda
    • Berasal daripada logo Rakan Muda yang mengekalkan bentuk tiga segi
    • Tiga Jalur warna, merah, kuning dan biru melambangkan keharmonian
    • Bintang mewakili simbol kejayaan, kecemerlangan dan pencapaian para remaja.
    • Jalur-jalur mewakili kemajuan, hala tuju dan strategi remaja masa kini.
    • Latar belakang tiga segi berwarna hijau menggambarkan perkembangan, kehidupan, penemuan, kesihatan, keceriaan, persekitaran dan produktif
    • Secara keseluruhannya, rekabentuk ini adalah simbol keceriaan remaja serta kesedaran sejagat untuk hari ini dan generasi akan datang.

    Komponen Program
    Program ini mempunyai empat komponen bagi mengimbangkan peningkatan jati diri.

    Gangsa, 14 - 25 tahun
    Perak, 15 - 25 tahun
    Emas, 16 - 25 tahun
    Khidmat Masyarakat Belajar memberi Khidmat Masyarakat yang berguna kepada orang lain
    Kemahiran Menggalakkan peningkatan minat, kreativiti atau kemahiran praktikal peribadi
    Rekreasi Fizikal Menggalakkan penyertaan dalam rekreasi fizikal dan peningkatan persembahan
    Pengembaraan Menggalakkan cabaran dan pencarian pengembaraan dalam kumpulan
    Projek Residen (Peringkat Emas sahaja) Meluaskan pengalaman melalui penyertaan dengan orang lain


    Khidmat Masyarakat
    Anugerah Gangsa 15 jam perkhidmatan tidak kurang dari tempoh tiga (3) bulan
    Anugerah Perak 30 jam perkhidmatan tidak kurang dari tempoh enam (6) bulan
    Anugerah Emas 60 jam perkhidmatan tidak kurang dari tempoh 12 bulan


    Contoh Aktiviti Khidmat Masyarakat
    Senarai aktiviti yang positif adalah tidak terhad. Terdapat ramai orang dan organisasi yang bersedia menyediakan peluang kepada peserta Anugerah dalam Khidmat Masyarakat fizikal. Pemimpin perlu menggalakkan peserta melakukan penyelidikan di kawasan mereka.

    Komuniti
    • Melawat mereka yang diperlukan, seperti warga tua atau orang kurang upaya, dalam asas biasa iaitu menjadi pembantu semasa mereka membeli-belah, berkebun, atau pekerjaan domestic lain, atau sekadar menemani mereka
    • Kerja sukarela di hospital atau pusat penjagaan
    • Melawat penjara atau pusat tahanan tetapi masih lagi di bawah peraturan yang dibenarkan
    • Membantu radio atau suratkhabar komuniti tempatan
    • Jurulatih sukan atau pemimpin
    • Pertolongan cemas - melakukan kursus dan menjadikan kemahiran mereka berguna untuk komuniti tempatan, contoh: memberi pertolongan di perlawanan bola sepak atau pertandingan tarian dan lain-lain.
    Peranan Belia
    • Menjadi pemimpin di kelab belia atau organisasi beruniform belia
    • Membantu guru mengajar murid-murid di sekolah rendah
    • Membantu golongan belia yang lain menyertai Anugerah dengan menjadi ketua bagi
    • peserta Gangsa dan Perak di bawah perhatian seorang Pemimpin
    Pendidikan Komuniti dan Pendidikan Kesihatan
    • Bekerja dengan orang yang berpengalaman mendidik komuniti tempatan atau kumpulan yang melakukan kerja berkenaan dengan isu penting seperti mencegah malaria, pendidikan AIDS, penjagaan kesihatan, kempen imunisasi, pendidikan dadah / alkohol
    • Mengajar membaca dan menulis
    Perkhidmatan Alam Sekitar
    • Menyertai projek perbincangan, contoh: membersihkan persekitaran, membersihkan sungai, atau menjaga haiwan liar atau tumbuh-tumbuhan
    • Menjaga persekitaran atau taman sekolah
    • Menyediakan, mengekalkan, dan menggalakkan penggunaan tong sampah kitar semula
    • Menjaga haiwan
    • Bekerja dalam kempen kebersihan
    Kerja Amal
    • Mengutip derma bagi tujuan kebajikan
    • Mereka atau mengekalkan laman web kebajikan atau surat berita
    Perkhidmatan Kecemasan
    • Membantu kumpulan perkhidmatan kecemasan, contoh: bomba, penyelamat bot, pengawal, polis, penyelamat hutan, pengawal sivil
    • Membantu operasi sesuatu peristiwa di peringkat tempatan atau nasional
    Kemahiran
    Anugerah Gangsa Aktiviti tidak kurang dari tempoh tiga (3) bulan
    Anugerah Perak Aktiviti tidak kurang dari tempoh enam (6) bulan
    Anugerah Emas Aktiviti tidak kurang dari tempoh 12 bulan

    Contoh kemahiran
    Peraturan utama komponen ini ialah aktiviti ini tidak membuatkan anda berpeluh, aktiviti ini hanya melibatkan kemahiran.
    • Muzik - bermain peralatan muzik, belajar teori muzik, menyanyi di dalam koir atau kumpulan muzik, menyanyi solo
    • Sukan yang berkaitan - menjadi pengadil, membaiki dan membuat peralatan sukan, pembaikan padang permainan, penghayatan tarian, sukan permotoran
    • Kraftangan - menggubah bakul, menjilid buku, menghias kek, membuat lilin, seramik, memasak, membuat baju, menghias telur, menggubah bunga, melukis gelas, membuat barang perhiasan diri, menyulam, menjahit, origami, membuat patung kecil, mencetak kemeja-T
    • Seni - penghayatan arkitek, penghayatan seni, kaligrafi, melukis, sejrah seni, melukis, fotografi
    • Alam sekitar - pertanian / berladang, menjaga akuarium, astronomi, penjaga lebah, melihat burung, perbincangan, menjaga dan menangani binatang peliharaan, kajian serangga, pemeliharaan haiwan, kajian cuaca / meteorology
    • Komunikasi - filem dan pembuatan video, kajian filem, bahasa isyarat, Braille, bahasa asing, penerbitan sukan berita dan majalah, membaca, menulis, kemahiran persembahan, pengucapan awam dan debat
    • Hobi - mengumpul syiling, mengumpul setem, model pembinaan
    • Permainan - snuker, pool, permainan kad, catur, dart, permainan meja yang lain, permainan fantasi, permainan peperangan
    • Kemahiran Hidup - kemahiran jawatan kuasa, kajian demokrasi dan politik, perancang majlis, pengawasan dadah, penjagaan kesihatan, pendidikan rakan sebaya, mengurus wang
    • Kemahiran vokasional - pengiraan, penjagaan rambut, pembaikan kenderaan, teknologi maklumat, pengenjinan, sains rumah tangga, penulisan, fesyen, pembuatan perabot, penempatan perabot, setiausaha, jahitan, kerja kayu
    • Kemahiran persembahan - kemahiran drama dan teater, kemahiran sarkis, patung
    Rekreasi Fizikal
    Anugerah Gangsa Aktiviti tidak kurang dari tempoh tiga (3) bulan
    Anugerah Perak Aktiviti tidak kurang dari tempoh enam (6) bulan
    Anugerah Emas Aktiviti tidak kurang dari tempoh 12 bulan

    Contoh Rekreasi Fizikal
    Peraturan utama komponen ini ialah aktiviti yang dilakukan akan membuatkan anda berpeluh.
    • Perlawanan bola - bola sepak, ragbi, bola tamper, bola keranjang, bola jarring, bola baling, kriket, bola lisut, hoki, tenis, skuasy, ping pong, dsb
    • Olahraga - berlari, lompat tinggi atau rendah, melontar (peluru, javelin, cakera), triathlon
    • Sukan air - kenu, kayak, berenang, polo air, belayar, meluncur air, ski air, menyelam, renang berirama, mendayung, polo kenu dsb
    • Sukan musim sejuk - ski, meluncur salji, hoki ais, dsb
    • Pertahanan diri - karate, aikido, kickboxing, tinju, tae kwon do, kung fu, berpedang dan kendo
    • Permainan haiwan - menunggang kuda, polo
    • Aktiviti kecergasan - aerobic, joging, melompat tali, berjalan, latihan berat
    • Sukan lasak - memanjat batu, mendaki gunung, payung terjun, meneroka gua, dsb
    • Menari
    • Pelbagai - berbasikal, gimnastik, angkat berat, tinju, bermain kasut roda, bermain papan luncur, bermain BMX, badminton dsb
    Pengembaraan
    Terdapat tiga jenis pengembaraan yang boleh diiktiraf di bawah komponon ini:
    1. Eksplorasi
    2. Ekspedisi
    3. Pengembaraan lasak lain
    Contoh Eksplorasi dan Ekspedisi
    • Meneroka dunia melalui beberapa sudut seperti geologi, perkampungan sungai, kajian tumbuh-tumbuhan, kajian haiwan, kajian serangga dan lain-lain
    • Meneroka tempat bersejarah
    • Menyiasat evolusi bahasa
    • Meneroka kesan hidupan: tekanan pelawat di pusat haiwan, mengawal pencemaran, kajian terhadap orang yang lalu-lalang di kawasan terpencil dan lain-lain
    • Ekspedisi artistic peribadi
    • Membawa kajian kesihatan atau pendidikan kesihatan di kawasan terpencil
    • Menyelesaikan pengembaraan
    • Menyiasat kedinamikan kumpulan dan syarat-syarat yang mencabar
    • Perkhemahan
    Contoh Pengembaraan yang lain
    • Menyeberang lautan Altantik dengan kapal layer
    • Mendaki Gunung Kinabalu atau gunung tinggi yang lain
    • Berbasikal dari satu Negara ke Negara yang lain
    Keperluan
    Keperluan di bawah adalah untuk eksplorasi dan ekspedisi sahaja. Pengembaraan yang lain tidak perlu bersamaan dengannya walaupun memerlukan sekurang-kurangnya satu cabaran.
    • Semua pengembaraan hendaklah diterangkan tujuannya
    • Peserta perlu mempunyai kemahiran yang betul bagi memudahkan perjalanan
    • Peserta perlu melakukan latihan pengembaraan bagi memastikan mereka bersedia dengan persekitaran dan keadaan suasana sebenar pengembaraan
    • Bagi memastikan pengembaraan ini diiktiraf, kumpulan perlu mempunyai ahli lebih daripada empat dan kurang daripada tujuh
    • Semua ahli kumpulan hendaklah turut serta dalam merangka dan merancang aktiviti pengembaraan
    • Bukan semua peserta perlu menyelesaikan Anugerah, tetapi mereka perlu mewujudkan persamaan dan membuat keputusan bersama
    • Semua pengembaraan hendaklah disertai oleh orang dewasa dan berpengalaman
    • Pengembaraan boleh dilakukan di darat atau air. Kumpulan boleh melakukan pengembaraan dengan usaha mereka sendiri (berjalan kaki, berbasikal, dsb), menunggang haiwan (kuda, keldai, unta, dsb), atau kenderaan tidak berenjin (kapal layar)
    • Tempat yang dipilih hendaklah yang tidak pernah dikunjungi peserta. Tempat sebegini bakal menyediakan keadaan yang sebenar bagi peserta mempunyai keyakinan diri dan berdikari
    • Tempat berehat hendaklah dalam khemah mudah alih, atau ruang mudah yang lain seperti di asrama dan lain-lain
    • Bagi menyelesaikan pengembaraan, peserta perlu menyediakan laporan kepada penyedlia mereka. Laporan ini boleh disampaikan melalui penulisan, fotografi, lisan, video, diari, atau mana-mana kaedah imaginasi lain
    Masa dan Jarak
    • Dalam eksplorasi, sekurang-kurangnya satu pertiga jam merancang aktiviti diperlukan di dalam pengembaraan
    • Jarak meliputi kelajuan kumpulan. Pelan pengembaraan perlu dimaklumkan.
    • Masa juga dikira dengan waktu tidur, memasak dan makan
    • Masa perjalanan dengan bas ke tempat pengembaraan tidak diambil kira
    Hari Malam Masa Minima Masa Minima Aktiviti dalam Sehari Jarak (Darat)
    Gangsa2112624
    Perak3221748
    Emas4332880

    Projek Residen (Anugerah Emas sahaja)
    Projek Residen bertujuan memberi peluang kepada peserta untuk berkongsi pengalaman dengan individu yang tidak pernah bersama dengan peserta, bekerjasama dan membentuk kejayaan bersama.

    Peserta digalakkan mengambil dan berkongsi aktiviti dengan orang lain, iaitu bukan rakan mereka, di kawasan penempatan yang kurang dikenali.

    Aktiviti ini mengambil masa sekurang-kurangnya lima (5) hari, empat (4) malam.

    Contoh Projek Residen
    • Kursus jurulatih peribadi - kursus bahasa residen, latihan kepimpinan, peningkatan kemahiran, kursus kajian ekologi, kursus kepimpinan Anugerah, kem belia, parlimen golongan belia dsb
    • Projek alam sekitar dan perbincangan - kebersihan alam sekitar, kerja sukarela dengan taman nasional, kajian tentang habitat dan ekosistem dsb
    • Khidmat Masyarakat kepada orang lain dan komuniti - projek pembinaan, membantu selaku pemimpin di kem tahanan golongan belia, bekerja dengan pusat kebajikan luar negara, bekerja di pusat jagaan atau hospital
    • Aktiviti dasar - kursus aktiviti luar, jurulatih sukan, peningkatan kemahiran sukan dsb

    Memulakan Anugerah
    1. Isi borang pendaftaran Peserta Anugerah
    2. Hantar ke Badan Operasi ARPRM - Persatuan Pandu Puteri Malaysia
    3. Dapatkan set permulaan Program ARPRM
      • Pasport
      • Diari
      • Buku Panduan (Handbook)
        * Set ini ada dijual di Persatuan Pandu Puteri Malaysia dengan harga RM 10.00 satu set
    4. Dapatkan seorang Mentor / Pemimpin (orang dewasa yang akan menyelia perkembangan anda sepanjang masa anda menyertai program ini)
    5. Dapatkan jurulatih dan penilai untuk setiap komponen aktiviti (pilihan masing-masing)


    Had Umur
    Anugerah ini boleh disertai golongan belia atau remaja yang berumur antara 14 hingga 25 tahun.

    Jika peserta tidak mampu menyelesaikan anugerah sebelum mereka berumur 25 tahun, disebabkan sakit, kemalangan atau peristiwa yang tidak boleh dielakkan, Badan Berkuasa Kebangsaan akan memberi masa yang bersesuaian. Ini mestilah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Sekretariat Antarabangsa.

    Apabila peserta melebihi had minima umur untuk satu-satu peringkat, mereka boleh memilih mana-mana program mengikut peringkat.

    Pada peringkat Gangsa, jika peserta kurang daripada umur 14 tahun, tetapi rakan dalam kumpulannya majoritinya berumur 14 tahun atau lebih, Badan Berkuasa Kebangsaan boleh membenarkan remaja itu memulakan anugerah Gangsa bersama rakannya yang lain. Ini harus mendapatkan keizinan daripada Sekretariat Antarabangsa.

    Badan Berkuasa Kebangsaan juga boleh membenarkan peserta yang telah menyelesaikan Anugerah Gangsa, tetapi tidak lagi mencapai umur 15 tahun, menyertai Anugerah Perak tanpa memberikan penangguhan. Ini juga perlu mendapatkan keizinan Sekretariat Antarabangsa.

    Tidak ada aktiviti yang boleh dijalankan bagi peserta yang berumur 16 tahun bagi Anugerah Emas.

    Tanpa pengecualian, umur minimum bagi menjalankan Anugerah ini ialah:
    Gangsa Semua penyertaan 14 tahun 6 bulan
    Perak Pemegang Anugerah Gangsa 15 tahun 6 bulan
    Penyertaan terus 16 tahun
    Emas Pemegang Anugerah Perak 17 tahun
    Penyertaan terus 17 tahun 6 bulan

    Ini bermaksud, peserta yang diberi kelonggaran memulakan anugerah Gangsa dan Perak dengan lebih awal, mereka memerlukan masa yang panjang bagi menjalankan aktiviti berbanding masa minima bagi peserta lain.


    Memulakan Peringkat Anugerah Yang Lain
    Peserta digalakkan menyelesaikan kesemua komponen pada peringkat anugearh yang disertai sebelum bergerak ke peringkat yang lain.

    Jika didapati sukar bagi menyelesaikannya, mereka boleh bermula pada komponen lain di peringkat yang disediakan jika:
    • Mereka telah menyelesaikan komponen yang terbaru
    • Mereka telah mencapai umur yang minima bagi membolehkan mereka memohon ke peringkat anugerah yang lain
    • Mereka tidak melakukan ketiga-tiga peringkat anugerah secara serentak.

    Masa Keseluruhan
    Program ini adalah cabaran individu, peserta digalakkan menjalankan aktiviti sendiri. Anugerah ini adalah aktiviti jangka panjang. Anugerah ini bukan satu perlumbaan, bergantung kepada had umur yang maksima, peserta boleh mengambil sebanyak masa yang diperlukan bagi menyelesaikan anugerah ini.

    Dalam komponen Kemahiran, Rekreasi Fizikal dan Khidmat Masyarakat, peserta digalakkan menyertai dengan kerap aktiviti yang dipilih. Tiada peraturan yang boleh dikira sebagai penyertaan yang paling banyak. Walau bagaimanapun, peraturan seperti peserta harus menghabiskan masa sekurang-kurangnya satu jam seminggu bagi aktiviti yang dipilih haruslah dipatuhi.

    Anugerah ini tidak boleh dicapai dalam masa yang singkat. Peserta harus sekurang-kurangnya menyelesaikannya dalam tempoh seperti berikut:
    Peringkat Tempoh Minima Penyertaan
    Penyertaan Terus Pemegang Anugerah
    Gangsa 6 bulan  
    Perak 12 bulan 6 bulan (jika pemegang Anugerah Gangsa)
    Emas 18 bulan 12 bulan (jika pemegang Anugerah Perak)


    Masa Minimum Bagi Setiap Peringkat Mengikut Komponen
      Rekreasi Fizikal Kemahiran Khidmat Masyarakat Tambahan Pengembaraan
    Gangsa 3 bulan 3 bulan 3 bulan Tambahan 3 bulan di salah satu komponen sama ada Rekreasi Fizikal, Kemahiran atau Khidmat Masyarakat 2 hari
    1 malam
    Perak 6 bulan 6 bulan 6 bulan Bukan Pemegang Anugerah Gangsa perlu menambah 6 bulan aktiviti di salah satu komponen sama ada Rekreasi Fizikal, Kemahiran atau Khidmat Masyarakat 3 hari
    2 malam
    Emas 12 bulan 12 bulan 12 bulan Bukan Pemegang Anugerah Perak perlu menambah 6 bulan aktiviti di salah satu komponen sama ada Rekreasi Fizikal, Kemahiran atau Khidmat Masyarakat 4 hari
    3 malam
    Peserta Anugerah Emas juga perlu menjalankan satu Projek Residen selama 5 hari 4 malam



    Perancangan dan Persediaan Bagi Anugerah
    • Anugerah ini adalah cabaran individu.
    • Peserta harus bekerjasama dengan Pemimpin Anugerah mereka bagi memilih aktiviti bagi setiap komponen dan merancang pelan yang konkrit dan realistic bagi melakukan aktiviti ini.
    • Tidak ada sukatan pelajaran atau sesuatu tahap yang perlu dicapai. Peserta perlu memilih aktiviti yang sesuai dengan minat mereka bagi membolehkan mereka mampu mencapai kejayaan dalam sesuatu tempoh.
    • Idea haruslah dating daripada peserta, Pemimpin berfungsi sebagai fasilitator sahaja.
    • Pemimpin harus membantu peserta, jika diperlukan, tetapi bukannya membantu menyelesaikan tugasan peserta.
    • Untuk komponen Kemahiran, Khidmat Masyarakat dan Rekreasi Fizikal, peserta boleh juga dibantu oleh Pemimpin, atau mencari orang dewasa (Jurulatih Aktiviti) yang berpengetahuan luas dan berpengalaman dalam aktiviti serta dapat membantu peserta mencapai sasaran mereka.
    • Jurulatih Aktiviti tidak perlu mengetahui sepenuhnya keseluruhan program anugerah ini. Walau bagaimanapun, mereka harus faham kehendak anugerah iaitu anugerah ini adalah untuk golongan belia menetapkan matlamat sendiri, penyertaan yang kerap, serta mencapai peningkatan diri.
    • Untuk komponen Pengembaraan, aktiviti harus dipersetujui oleh kumpulan dan Penyelia mereka, dengan pengesahan Penilai bahawa komponen ini telah berjaya dilakukan.
    • Bagi Projek Residen, peserta harus bersetuju dengan aktiviti dan Penilai yang bersesuaian.
    • Untuk komponen Pengembaraan dan Khidmat Masyarakat, peserta digalakkan melakukan latihan bagi memastikan keselamatan diri dan orang lain.
    Melakukan Aktiviti
    Peserta melakukan aktiviti bagi mencapai sasaran mereka. Apabila berjaya mencapai aktiviti dalam tempoh masa yang ditetapkan dan menunjukkan kemahuan dan peningkatan, mereka boleh mendapat Buku Rekod (Pasport / Diari) yang ditandatangani oleh Jurulatih Aktiviti atau Penilai.

    Bagi Jurulatih Aktiviti, selain berpengetahuan luas dan ditauliahkan, aktiviti haruslah disertakan dengan peluang:
    • Berbincang kemajuan dengan peserta
    • Menjawab soalan dan menyediakan petunjuk
    • Membantu peserta menyelesaikan kesukaran dan masalah mereka
    • Memberi nasihat untuk matlamat yang harus dicapai
    • Memberi peserta belajar melalui pengalaman
    Menukar Matlamat
    Sekiranya peserta ingin menukar matlamat, mereka perlu berbincang dengan Jurulatih Aktiviti tentang matlamat baru.

    Menukar Aktiviti
    • Jika pilihan aktiviti dibuktikan tidak sesuai, peserta harus memilih aktiviti lain dan mengira masa yang telah digunakan dan masa minima keseluruhan yang diperlukan.
    • Peserta tidak boleh dipaksa menyambung aktiviti yang tidak disukai.
    • Situasi ideal ialah meminta peserta memilih satu aktiviti yang disukai bagi setiap komponen, kekal dengannya sekurang-kurangnya masa minima yang ditetapkan, tunjukkan peningkatan dan akhirnya dengan minat yang berterusan dan kejayaan.
    Mengekalkan Rekod
    • Buku Rekod - Pasport dan Diari
    • Peserta digalakkan menyimpan rekod tambahan dalam bentuk seperti:
      • Diari / Buku Log
      • Rakaman
      • Penulisan tentang taklimat / kursus / latihan
    • Jurulatih Aktiviti harus menyemak aktiviti dari masa ke masa bagi membolehkan peserta meningkatkan kemahiran diri
    • Pada penghujung setiap komponen, penyemakan semula kali terakhir perlu dilakukan, dan mengambil kira secara pengalaman yang diperoleh peserta secara keseluruhan seperti apa yang berlaku, perasaan peserta dan pengalaman yang diperoleh.
    • Peserta digalakkan mengaplikasikan pembelajarannya ke Buku Rekod.
    • Jurulatih Aktiviti atau Penilai perlu mengesahkan peserta telah memberikan sepenuh tenaga dan usaha dalam lingkungan masa yang ditetapkan.
    • Diari atau penulisan amat penting sebagai bahan rujukan untuk penilaian.
    • Apabila sasaran telah berjaya dicapai, Jurulatih Aktiviti atau Penilai akan menandatangani Buku Rekod dan mengisi komponen yang berkaitan dengan komen yang positif.
    Muat Turun: Contoh Cara Mengisi Diari Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda

    Pengiktirafan Anugerah
    Peserta layak diiktiraf setelah selesai memenuhi syarat dan criteria yang ditetapkan dalam Gangsa, Perak dan Emas dan seterusnya disahkan oleh Badan Berkuasa Kebangsaan atau Badan Operasi.


    Pemimpin Anugerah
      Pemimpin / Mentor
    • Memberi nasihat/ panduan dan bimbingan
    • Mendaftar dan membekalkan keperluan bahan-bahan pengrekodan
    • Mengemaskini Operasi dalam organisasi
    • Menyimpan rekod-rekod peserta dan sukarelawan
    • Menguruskan sumber manusia dan logistik
    • Bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan
    • Memastikan bahawa peserta telah berdaftar dengan Badan Operasi
    • Memastikan peserta mendapat Buku Pasport dan Diari yang betul
    • Memastikan biodata peserta dilengkapkan dan ditandatangani oleh Badan Operasi
    • Memastikan peserta mempunyai Mentor yang mahir dalam komponen masing-masing
    • Membantu menyediakan peluang-peluang aktiviti yang berkaitan
    • Mengadakan dan mengatur sesi perbincangan dengan peserta
    • Memastikan semua perekodan dan penilaian dilakukan dengan betul oleh peserta
    • Mendapatkan sumber manusia dari segi Pentadbir, Mentor, Penilai, Jurulatih dan Sukarelawan Anugerah
    • Mengendali keperluan program aktiviti
    • Mengenalpasti projek dan keperluan peserta
    • Merancang dan melaksanakan program
    • Mengkaji keberkesanan program
    Jurulatih
    • Mendaftarkan diri sebagai Sukarelawan dalam Badan Operasi
    • Mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam bidang berkaitan
    • Mengetahui mengenai garis panduan Program Anugerah
    • Menyediakan jadual tertentu untuk tempoh yang telah ditetapkan
    Penilai
    • Telah mengikuti kursus Penilai
    • Memastikan peserta Anugerah telah mendaftar dengan Badan Operasi
    • Memastikan peserta Anugerah mempunyai Buku Pasport dan Diari mengikut tahap yang tertentu
    • Memastikan peserta telah menamatkan semua komponen mengikut syarat yang telah ditetapkan
    • Memahami tujuan dan kehendak setiap komponen
    • Melengkapkan borang Penilaian Pengiktirafan dan membuat pengesahan
    • Melaporkan dan merekod pentauliahan kepada Badan Operasi
    • Memberi motivasi untuk peserta meneruskan ke tahap yang lebih tinggi

    Program Pandu Puteri dan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda
    Program Pandu Puteri Kategori ARPRM
    Lencana Kecekapan
    Kumpulan A - Tingkah Laku Dan Kebijaksanaan
    Kumpulan B - Pekerjaan Tangan & Hobi
    Kemahiran
    Lencana Kecekapan Kumpulan C - Kemajuan Gerak Badan Rekreasi Fizikal
    Permit Perkhemahan Kumpulan / Individu
    Perkhemahan Hujung Minggu
    Bengkel Anugerah Ketua Pesuruhjaya Malaysia
    Lencana Kecekapan Hiker, Perintis, Pengembara
    Pengembaraan
    Lencana Kecekapan Kumpulan D Perkhidmatan
    Khidmat Masyarakat Berpasukan Khidmat Hospital
    Projek Khidmat 3 Bulan Calon Pandu Puteri Raja
    Khidmat Masyarakat

    Muat Turun:
    Kursus Kompetensi Kejurulatihan - Program Pandu Puteri Remaja & Komponen Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda
    Kursus Kompetensi Kejurulatihan - Program Pandu Puteri Renjer & Komponen Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda
    WAGGGS & the International Award