Laman Utama > Aktiviti > Program Etika Bendera > Apakah Yang Mendorong Kami?

Program Etika Bendera
Apakah Yang Mendorong Kami?
Bendera, khasnya Jalur Gemilang banyak dikibarkan di bangunan kerajaan, premis perniagaan dan kawasan kediaman. Bendera Jalur Gemilang dikibarkan dengan meluasnya semasa bulan Merdeka sempena sambutan Hari Kemerdekaan. Ini menunjukkan semangat patriotisme dan cinta akan negara di kalangan rakyat Malaysia.

Namun, kami turut mendapati bendera Jalur Gemilang kerap dikibarkan dengan cara yang tidak betul atau disalahgunakan.
  • Adakah anda tahu cara mengibarkan bendera dengan betul?
  • Adakah anda tahu apa yang boleh atau tidak boleh dilakukan dengan bendera?
  • Adakah anda tahu cara menyimpan bendera yang betul?
  • Adakah anda tahu apakah yang patut dibuat dengan bendera yang telah lusuh dan rosak?
Uji pengetahuan anda tentang cara menggunakan bendera yang betul atau salah! Sila klik di sini