|
Laman Utama > Aktiviti > Program Etika Bendera > Latar Belakang |
|
Program Etika Bendera Latar Belakang Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan pertubuhan sukarela yang telah lama bergiat aktif di Malaysia. Sejak kecil lagi, semua ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia dididik untuk mengenali, menghayati dan mencintai bendera Malaysia – Bendera Jalur Gemilang, dan juga bendera negeri-negeri yang lain di Malaysia. ![]() “Program Etika Bendera: Kesedaran dan Penjagaan” bertujuan meningkatkan kesedaran Etika Bendera di kalangan rakyat Malaysia amnya, dan ahli Pandu Puteri khasnya. Projek ini dapat menyemai rasa cinta akan negara dan semangat patriotik. Bagi merealisasikan matlamat ini, Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengambil langkah supaya ahli Persatuan ini patriotik dan taat kepada negara. Semangat patriotik yang tersemai di dalam semua ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia dapat merangsang masyarakat tempatan untuk menghargai dan mencintai bendera dan negara kita, Malaysia.
Objektif
Persatuan Pandu Puteri Malaysia melancarkan Program Etika Bendera: Kesedaran dan Penjagaan bagi meningkatkan kesedaran terhadap cara pengendalian bendera yang betul. Projek Perintis Tahap I (2006 hingga 2007)
Projek Tahap II (2008 dan seterusnya)
|